MRK

MRK

Tuesday, January 12, 2016

Gimik Khemah Pipit Hutan di Hari Warga Staf USM 2016

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia,

Di sini ingin kami kongsikan satu lagi pengalaman terbaru kami dalam menjayakan gimik untuk khemah pipit hutan sempena hari warga staf usm di IPPT Bertam Pulau Pinang.

Sebanyak 7 ahli multirotorkita terlibat dan 4 buah quadcopter terbang bersama pada hari ini. Pelbagai persediaan dilakukan termasuklah meneliti tapak penerbangan pada hari sebelum, membuat persiapan memasang bom asap di salah sebuah quadcopter, mengadakan range test untuk mengadakan live view daripada quadcopter terus ke television di khemah tersebut dan latihan membawa beban di salah sebuah quadcopter untuk diserahkan kepada vip semasa lawatan ke khemah tersebut. Quadcopter 1  (zaim) membawa beban dan quadcopter satu lagi membawa bom asap seperti kelihatan di dalam video tersebut. 2 buah quadcopter lagi digunakan untuk menangkap gambar aerial view (amir) dan live video kedua (zihad). Azizul dan Faisal bertindak sebagai ground crew dan spotter kepada keseluruhan penerbangan tersebut. Dan Azrul pula bertindak sebagai ahli yang memastikan transmisi live view dari quadcopter adalah sempurna dengan mengawal antenna penerima 5.8g video dan television di khemah.

Alhamdulillah, kita misi ini telah selesai dan berjaya di laksanakan. Hasilnya Khemah Pipit Hutan telah memenangi pertandingan khemah tersebut. Terima kasih Jabatan Pendaftar USM Engineering, khususnya En Kamil kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada kami untuk terlibat sama dengan misi kali ini. 

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang menjayakan misi kali ini.

misi selesai! 

ditulis oleh: en zihad