MRK

MRK

Sunday, November 16, 2014

Misi Lintas Hormat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Syukur kepada Ilahi kerana dengan izinnya misi Lintas Hormat pada Hari Warga Staf Universiti Sains Malaysia berjalan dengan lancar pada 15 November 2014 yang lepas. Pelbagai pengalaman suka dan duka ketika latihan dilakukan membuahkan hasil. Penerbangan 4 buah quadcopter untuk tugasan gimik dan lintasan hormat berlaku dengan lancar tanpa sebarang kemalangan dan kegagalan. Alhamdulillah. Saksikan video lintasan hormat ini!


Sunday, November 2, 2014

Gimik Perasmian Hari Warga Staf (Countdown starts!)

Assalamualaikum wbt.

AlhamduLILLAH hari ini sudah masuk isnin yang pertama untuk bulan November 2014, 3/11/2014.
Ini menunjukkan bahawa kita sudah boleh countdown Gimik Perasmian untuk Hari Warga Staf 2014 di USM (HWS 2014 USM) adalah dalam masa 12 Hari sahaja lagi !

Pagi ini, seperti biasa, semua pilot untuk gimik ini sudah menjalan pra rehearsel dengan melibatkan 4 buah quadcopter, wakil dari Jab Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Dr Elmi, Pensyarah PPK Aeroangkasa dari pukul 8.00 - 9.30 pagi.

AlhamduLILLAH penerbangan selamat untuk hari ini dan tiada mishap yang berlaku. Latihan penerbangan dimulakan dengan doa bismillah dari setiap pilot dan rutin penerbangan dijalankan dengan selamat. AlhamduLILLAH.. Anyway, semoga usaha kita untuk menjadi titik rujukan kepada bidang drone di bahagian Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bandar Baharu akan menjadi realiti, bukan sahaja untuk memberi penerangan kepada masyarakat sekeliling, malahan juga untuk menjadi titik rujukan bagi teknologi drone ini dan penyebaran ilmu dan servis kepada masyarakat.

Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini dan yang telah memberi ucapan syabas kepada kami, moga kami dapat mencapai objektif kami untuk fasa 1.0 iaitu penyebaran maklumat dan peningkatan nama multirotor kita.

InsyaALLAH tidak lama lagi juga, kelab multirotor kita akan mengembangkan sayap ke Perak Tengah, tapi itu akan ada di post berikutnya. Reader dari Perak Tengah, tunggu....!!!
















Wassalam...