MRK

MRK

Tuesday, May 12, 2015

Gimik Pelancaran Charity Carnival di USM Kampus Kejuruteraan 2014 (flashback)





Assalamualaikum wbt,

Jom kita flashback gimik pelancaran yang telah dijayakan oleh drone sebelum ini untuk Carnival Charity 2014 juga di USM Kampus Kejuruteraan. Pilot utk drone ini adalah student usm sendiri, Peng Mun, Aero School dan drone ini dimiliki oleh Engr Zihad. Latihan diadakan selama sehari untuk mengenal pasti cara yang paling mudah dan selamat untuk memuaskan kedua dua pihak iaitu pilot dan juga event organizer. 

Event ini dirasmikan oleh tetamu jemputan dan quadcopter ini membawa pemukul gendang cina di mana ia adalah simbolik untuk perasmian tersebut. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat.

Terima kasih.

Wassalam.

Team multirotorkita di USM 2015

Assalamualaikum wbt,

Di sini kita ingin kongsikan acara gimik perasmian untuk Temasya Olahraga Tahunan 2015 Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk yang telah diadakan pada 8 Mei 2015, 9.30 - 10.00 Malam. Memang sangat menarik kerana ini adalah gimik kedua kami untuk tahun 2014-2015 dan dilakukan pada waktu malam. Suksis, iaitu Sukarelawan Polis USM turut serta menjayakan gimik ini yang julung kali diadakan untuk gimik pelancaran TOT dimana di hadiri oleh kenamaan USM iaitu Naib Chanselor dan Vice Chanselor USM, Dato Omar Osman. 

Gimik ini adalah hasil kerjasama pasukan multirotorkita daripada perancangan gimik, pemeriksaan gangguan dan frekuensi dan signal, penyediaan baton led,  latihan penerbangan untuk gimik dan pelarasan antara ground crew dan pilot drone.

Sebanyak 3 drone terdiri daripada quadcopter yang dikawal oleh 3 orang pilot terlibat, dan 2 ground crew di mana untuk mengawal masa, keadaan sekeliling dan juga bertindak as spotter kepada semua drone supaya berada dalam target area.

Acara dimulakan dengan doa selamat dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Di sini diselitkan video dari salah seorang penonton semasa gimik yang merakamkan sepenuhnya perancangan gimik tersebut. (*kredit kepada empunya account).

Terima kasih semua ahli kumpulan yang turut serta dan pembaca blog ini yang kami kasihi. Semoga teknologi dapat mendidik orang awam untuk lebih berpemikiran kritikal dan berinovasi pada masa akan datang.

EngrZihad
USM