MRK

MRK

Thursday, October 30, 2014

Fun Fly..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, video ini merakamkan aktiviti Team Multirotor Kita dengan aktiviti "Fun Fly" di Komplek Sukan USM Kejuruteraan. Sertai kami untuk memeriahkan lagi team ini.


Wednesday, October 29, 2014

Gambar Aerial di beberapa bangunan sekitar USM Engineering

Assalamualaikum wbt,

Kat sini kami ingin share lagi gambar aerial dari quadcopter kami di sekitar USM Engineering Campus Nibong Tebal. Pemandangan yang cantik dan osome kebiasaannya dilihat dari mata burung sudah boleh kita lihat dan amati sendiri, SubhanALLAH.


Bangunan REDAC yang menonjolkan penyelidikan saliran.

Bangunan PUMA yang digunakan untuk pelbagai aktiviti pelajar dan staf

Bangunan Hangar yang dimiliki oleh PPK Aeroangkasa USM menempatkan beberapa pesawat dan helikopter serta projek pemasangan kapal terbang.

Bangunan SERC yang memusatkan penyelidikan kejuruteraan

Terima kasih semua. Jangan lupa untuk beri kami email untuk bertanya apa jua berkenaan multirotor. Dan juga terima kasih kepada yang sudah memberi email untuk bertanya dan juga yang hadir ke booth pameran kami pada acara Mountain Bike Challenge anjuran HARIAN METRO dan USM pada sabtu lepas. Dari pemilihan kepada penerbangan selamat, InsyaALLAH kami akan membantu. 

Wassalam.

copyright: semua gambar adalah hak milik multirotor kita dan pengarang. Sharing adalah dibolehkan tetapi perlu memberi credit kepada Group Multirotor Kita.

Monday, October 27, 2014

Multirotor Kita Bermanfaat Kepada Media

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 25 Oktober 2014 yang lalu telah berlangsung "Mountain Bike Challenge 2014" yang dianjurkan oleh Harian Metro yang telah mendapat sambutan ramai. Peserta yang telah terlibat melebihi 1000 orang. Team Multirotor Kita mengambil kesempatan ini untuk merakam aerial video ketika perlepasan para peserta. Terdapat beberapa keratan video yang telah digunakan oleh myMetroTV untuk dipaparkan. Tahniah ahli-ahli Multirotor Kita!

Terima kasih kepada Harian Metro (myMetroTV).


Sunday, October 26, 2014

Fly untuk apa?

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin tuliskan misi setiap penerbangan yang Multirotor Kita semasa dan akan datang yang kami jalankan. Setiap misi adalah penting, sebab bukan boleh caca merba sahaja, ini kerana setiap misi menentukan setting yang betul untuk setiap multirotor yang digunakan. Khususnya dari segi bateri lithium polimer (lipo) yang digunakan tidak boleh la dipilih sembarangan kerana ia akan memberi kesan kepada masa penerbangan tersebut. Jika itu berkenaan bateri, maka perkara lain juga perlu di ambil kira seperti saiz propeller yang digunakan, jenis motor yang sesuai, dan sebagainya. Nanti kita bincang di post yang lain ya.

Misi yang sebelum ini dijalankan adalah memberi khidmat nasihat kepada yang berminat untuk mendapatkan jenis custom made quadcopter yang ingin diterbangkan. Bermacam jenis dan saiz frame boleh dipilih di pasaran, jadi kami membantu setiap ahli untuk membuat pemilihan sesuai khususnya untuk setup multirotor tersebut. Seterusnya membantu ahli untuk setup setiap quadcopter supaya terbang dengan stabil dan selamat.

Misi semasa yang dijalankan juga adalah free flying, iaitu fly tanpa membawa sebarang bebanan khususnya latihan di padang usm kejuruteraan. Ahli multirotor kita juga aktif dalam membuat penggambaran samada statik atau video khususnya pemandangan untuk kepuasan diri dari udara.

Misi akan datang sehingga tarikh ini adalah untuk menjayakan Majlis Perasmian Hari Warga Staf usm (15/11/2014) dengan membawa gunting perasmian, quad 1, dan membawa bendera malaysia, penang dan usm di hadapan vip jemputan iaitu vice chansellor USM. Oleh itu sehingga minggu ini kami telah berlatih beberapa kali untuk mendapatkan sinkroni yang betul dan tepat semasa penerbangan nanti.
Ketika Latihan Penerbangan Lintasan Hormat di Komplek Sukan, USM Kejuruteraan


Latihan Lintas Hormat dengan membawa bendera Malaysia


Misi yang telah lepas iaitu pada hari ini (25/10/2014) adalah dengan menyertai pameran statik, demo penerbangan, aerial photo dan video dan penerangan kepada pelawat yang hadir di HARIAN METRO MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2014 di USM KAMPUS KEJURUTERAAN,NIBONG TEBAL.

Mountain Bike Challenge 2014 yang dianjurkan oleh Harian Metro di USM Kejuruteraan

En. Amir memberi penerangan kepada pengunjung Pameran Multirotor


Alhamdulillah penerbangan selamat untuk hari ini dan insyaALLAH selepas ini multirotor kita akan post blog di sini untuk perkongsian dan maklumat kepada semua.

Wassalam.

Jumpa lagi di post berikutnya.









Saturday, October 25, 2014

Video Ringkas Pusat Pengajian Aeroangkasa

Video ringkas ini dilakukan di sekitar Pusat Pengajian Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia. Mari saksikan..

Mari Jelajah Ruang Udara..

Assalamualaikum dan salam sejahtera, di sini kami ingin berkongsi gambar-gambar dan video aerial yang sempat dirakamkan sehingga kini. Mari kita lihat..

Lawatan pelajar sekolah ke Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa

Pelajar sekolah di laman PPK Aeroangkasa

Sekitar pameran Multirotor di Politeknik Seberang Perai

Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan

Kawasan Perumahan Taman Pauh Indah, Seberang Perai, Penang

PPK Aeroangkasa

Kuala Gula Sanctuary Resort

Desasiswa Lembaran USM Kejuruteraan

Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal, Penang

Ahli multirotor kita 2014

Assalamualaikum semua,

Di sini saya catatkan nama secara ringkas dan bilangan ahli multirotor kita untuk rujukan semua dan juga rujukan akan datang. Nama saya tulis singkatan sahaja untuk privasi masingmasing. Sesungguhnya kita lebih mengenali apabila TT bersama kan !

1. Ab elmi, hexacopter, multiwii
2. Amir, quadcopter, multiwii
3. Zihad quadcopter, naza
4. Zaim quadcopter, multiwii
5. Yasin quadcopter, multiwii
6. Azizul quadcopter, multiwii
7. Hazim quadcopter, multiwii
8. Faisal quadcopter, multiwii
9. Shukri quad syma
10. Hisham e, quad syma
11. Hisham s, quad syma
12. Hasfizan, quad syma
13. Shukrie, quad syma
14. Mud, quad syma
15. Azrul, quad syma



Set Quadcopter dilengkapi sistem FPV dan UHF Transmitter



Multiwii (Arduino Based) Flight Controller

Hexacopter yang dilengkapi sistem GPS dan Autopilot


Dari mana datangnya multirotor kita?

Assalamulaikum dan alhamdulillah.

Wujud satu blog bagi kelab multirotor kita yang berpusat di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Setelah diwujudkan secara tidak rasmi pada tahun 2013, sehingga kini juga masih tidak rasmi, kelab ini telah berjaya mengumpul lebih daripada 15 orang ahli yang berminat dalam bidang multirotor khususnya quadcopter.

Multirotor kita lahir dari segolongan anak melayu yang berminat dengan penerbangan model pesawat terbang dan aktif di pusat pengajian kejuruteraan aeroangkasa, kampus kejuruteraan USM. Dengan minat yang sama, di sini kami berbincang melalui beberapa aliran media sosial seperti whatsapp dan facebook dan kini, blogspot digunakan sebagai pusat penyebaran maklumat berkenaan multirotor khususnya daripada ahli kepada ahli, dan secara umumnya kepada bukan ahli atau pencebur baru dalam bidang model pesawat terbang ini.


Oleh kerana minat multirotor kita adalah sama iaitu minat menerbangkan multirotor khususnya quadcopter, ingin juga kami menetapkan objektif kami yang seterusnya iaitu untuk membantu sesiapa yang berminat dengan hobi multirotor ini di sekitar Transkrian iaitu Nibong Tebal, Bandar Baharu dan Parit Buntar, untuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam bidang ini. Penerapan aspek keselamatan semasa penerbangan dan pengurusan sebuah multirotor insyaALLAH boleh diajarkan kepada sesiapa yang berhubung dengan kami. Bimbingan kepada setup multirotor yang baik juga insyaALLAH akan diterapkan juga sepanjang berhubung dengan multirotor kita.

Misi kami juga adalah untuk menjadikan multirotor kita sebagai satu tempat rujukan kepada penggiat dan juga bakal penggiat multirotor khususnya di bahagian utara.

InsyaALLAH, dengan kuasa ALLAH, penyebaran ilmu yang sememangnya tidak akan habis ini akan dapat kami kongsikan bersama kepada semua.

Bersambung di post seterusnya.

Terima kasih semua.

Wassalam.