MRK

MRK

Saturday, October 25, 2014

Dari mana datangnya multirotor kita?

Assalamulaikum dan alhamdulillah.

Wujud satu blog bagi kelab multirotor kita yang berpusat di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Setelah diwujudkan secara tidak rasmi pada tahun 2013, sehingga kini juga masih tidak rasmi, kelab ini telah berjaya mengumpul lebih daripada 15 orang ahli yang berminat dalam bidang multirotor khususnya quadcopter.

Multirotor kita lahir dari segolongan anak melayu yang berminat dengan penerbangan model pesawat terbang dan aktif di pusat pengajian kejuruteraan aeroangkasa, kampus kejuruteraan USM. Dengan minat yang sama, di sini kami berbincang melalui beberapa aliran media sosial seperti whatsapp dan facebook dan kini, blogspot digunakan sebagai pusat penyebaran maklumat berkenaan multirotor khususnya daripada ahli kepada ahli, dan secara umumnya kepada bukan ahli atau pencebur baru dalam bidang model pesawat terbang ini.


Oleh kerana minat multirotor kita adalah sama iaitu minat menerbangkan multirotor khususnya quadcopter, ingin juga kami menetapkan objektif kami yang seterusnya iaitu untuk membantu sesiapa yang berminat dengan hobi multirotor ini di sekitar Transkrian iaitu Nibong Tebal, Bandar Baharu dan Parit Buntar, untuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam bidang ini. Penerapan aspek keselamatan semasa penerbangan dan pengurusan sebuah multirotor insyaALLAH boleh diajarkan kepada sesiapa yang berhubung dengan kami. Bimbingan kepada setup multirotor yang baik juga insyaALLAH akan diterapkan juga sepanjang berhubung dengan multirotor kita.

Misi kami juga adalah untuk menjadikan multirotor kita sebagai satu tempat rujukan kepada penggiat dan juga bakal penggiat multirotor khususnya di bahagian utara.

InsyaALLAH, dengan kuasa ALLAH, penyebaran ilmu yang sememangnya tidak akan habis ini akan dapat kami kongsikan bersama kepada semua.

Bersambung di post seterusnya.

Terima kasih semua.

Wassalam.










No comments:

Post a Comment