MRK

MRK

Wednesday, December 3, 2014

Ruang Udara Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah sedutan-sedutan video aerial yang dikumpul selama beberapa minggu berjaya diadunkan untuk dijadikan sebuah video ringkas dan padat. Namun, pelbagai kajian dilakukan sebelum berjaya mendapat hasil video yang stabil dan kurang getaran. Kajian dilakukan terhadap jenis "gimbal" seperti servo dan brushless motor. Ujian getaran dilakukan mengambil masa lebih kurang 4 bulan oleh kerana kami di lab control system membangunkan sesebuah aplikasi robotik dari "fundamental" berbanding menggunakan terus produk yang telah terjual di pasaran. Dengan kelebihan itu, ilmu robotik dapat dimanfaatkan dan antara hasilnya ialah video ini. Saksikan..


Sunday, November 16, 2014

Misi Lintas Hormat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Syukur kepada Ilahi kerana dengan izinnya misi Lintas Hormat pada Hari Warga Staf Universiti Sains Malaysia berjalan dengan lancar pada 15 November 2014 yang lepas. Pelbagai pengalaman suka dan duka ketika latihan dilakukan membuahkan hasil. Penerbangan 4 buah quadcopter untuk tugasan gimik dan lintasan hormat berlaku dengan lancar tanpa sebarang kemalangan dan kegagalan. Alhamdulillah. Saksikan video lintasan hormat ini!


Sunday, November 2, 2014

Gimik Perasmian Hari Warga Staf (Countdown starts!)

Assalamualaikum wbt.

AlhamduLILLAH hari ini sudah masuk isnin yang pertama untuk bulan November 2014, 3/11/2014.
Ini menunjukkan bahawa kita sudah boleh countdown Gimik Perasmian untuk Hari Warga Staf 2014 di USM (HWS 2014 USM) adalah dalam masa 12 Hari sahaja lagi !

Pagi ini, seperti biasa, semua pilot untuk gimik ini sudah menjalan pra rehearsel dengan melibatkan 4 buah quadcopter, wakil dari Jab Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Dr Elmi, Pensyarah PPK Aeroangkasa dari pukul 8.00 - 9.30 pagi.

AlhamduLILLAH penerbangan selamat untuk hari ini dan tiada mishap yang berlaku. Latihan penerbangan dimulakan dengan doa bismillah dari setiap pilot dan rutin penerbangan dijalankan dengan selamat. AlhamduLILLAH.. Anyway, semoga usaha kita untuk menjadi titik rujukan kepada bidang drone di bahagian Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bandar Baharu akan menjadi realiti, bukan sahaja untuk memberi penerangan kepada masyarakat sekeliling, malahan juga untuk menjadi titik rujukan bagi teknologi drone ini dan penyebaran ilmu dan servis kepada masyarakat.

Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini dan yang telah memberi ucapan syabas kepada kami, moga kami dapat mencapai objektif kami untuk fasa 1.0 iaitu penyebaran maklumat dan peningkatan nama multirotor kita.

InsyaALLAH tidak lama lagi juga, kelab multirotor kita akan mengembangkan sayap ke Perak Tengah, tapi itu akan ada di post berikutnya. Reader dari Perak Tengah, tunggu....!!!
















Wassalam...

Thursday, October 30, 2014

Fun Fly..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, video ini merakamkan aktiviti Team Multirotor Kita dengan aktiviti "Fun Fly" di Komplek Sukan USM Kejuruteraan. Sertai kami untuk memeriahkan lagi team ini.


Wednesday, October 29, 2014

Gambar Aerial di beberapa bangunan sekitar USM Engineering

Assalamualaikum wbt,

Kat sini kami ingin share lagi gambar aerial dari quadcopter kami di sekitar USM Engineering Campus Nibong Tebal. Pemandangan yang cantik dan osome kebiasaannya dilihat dari mata burung sudah boleh kita lihat dan amati sendiri, SubhanALLAH.


Bangunan REDAC yang menonjolkan penyelidikan saliran.

Bangunan PUMA yang digunakan untuk pelbagai aktiviti pelajar dan staf

Bangunan Hangar yang dimiliki oleh PPK Aeroangkasa USM menempatkan beberapa pesawat dan helikopter serta projek pemasangan kapal terbang.

Bangunan SERC yang memusatkan penyelidikan kejuruteraan

Terima kasih semua. Jangan lupa untuk beri kami email untuk bertanya apa jua berkenaan multirotor. Dan juga terima kasih kepada yang sudah memberi email untuk bertanya dan juga yang hadir ke booth pameran kami pada acara Mountain Bike Challenge anjuran HARIAN METRO dan USM pada sabtu lepas. Dari pemilihan kepada penerbangan selamat, InsyaALLAH kami akan membantu. 

Wassalam.

copyright: semua gambar adalah hak milik multirotor kita dan pengarang. Sharing adalah dibolehkan tetapi perlu memberi credit kepada Group Multirotor Kita.

Monday, October 27, 2014

Multirotor Kita Bermanfaat Kepada Media

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 25 Oktober 2014 yang lalu telah berlangsung "Mountain Bike Challenge 2014" yang dianjurkan oleh Harian Metro yang telah mendapat sambutan ramai. Peserta yang telah terlibat melebihi 1000 orang. Team Multirotor Kita mengambil kesempatan ini untuk merakam aerial video ketika perlepasan para peserta. Terdapat beberapa keratan video yang telah digunakan oleh myMetroTV untuk dipaparkan. Tahniah ahli-ahli Multirotor Kita!

Terima kasih kepada Harian Metro (myMetroTV).